Pakej PRIHATIN: 3.9 Juta Permohonan Pengeluaran KWSP Telah Diluluskan

pakej prihatin: 3.9 juta permohonan telah pengeluaran kwsp telah diluluskan

Salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat berdepan pandemik COVID-19 dengan melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Selain daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN), kerajaan juga menyediakan kemudahan seperti membenarkan pemegang akaun KWSP untuk mengeluarkan wang mereka sendiri melalui program i-Lestari KWSP.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul telah membentang laporan pelaksanaan PRIHATIN yang keenam. Beliau telah melaporkan bahawa sehingga 17 Mei, KWSP telah menerima 4.4 juta permohonan.

Daripada jumlah tersebut, 3.9 juta permohonan telah diluluskan. Pembayaran ini melibatkan RM1.83 bilion sebulan.

Jadi, kalau korang dah dapat tu ketahuilah ini duit korang sendiri yang sepatutnya digunakan sewaktu kecemasan. Jadi, gunakan wang ini sebaik yang mungkin untuk membeli barang keperluan.

Sumber: Astro Awani