Viral di tiktok baru-baru ini, sebuah video yang dikongsi oleh petugas di pusat mengundi (SPR). Di dalam video tersebut, terlihat seorang pakcik yang sedang duduk selepas selesai proses mengundi.
Yang mengejutkan para petugas adalah, apabila disapa pakcik yang berbengsa Cina berkenaan rupanya dia datang ke pusat mengundi berjalan kaki tanpa telefon mahu pun duit.
Bila di tanya oleh petugas di mana rumahnya, pakcik itu dilihat mengeluarkan sehelai kertas yang menunjukkan alamat rumah jagaan orang tua.
Sedih melihat keadaan pakcik tersebut, petugas SPR dilihat memesan Grab untuk pakcik itu balik ke rumah orang tuanya.
Walaupun sudah berumur, tetapi kegigihan pakcik ini berjalan kaki untuk mengundi telah meraih simpati para netizen yang melihat video berkenaan. Rata-rata komen netizen mengatakan petugas SPR telah menjalankan tugas mereka dengan sangat baik.
Sumber: Tiktok @tcer.nana