Pakar Nasihat Ibu Bapa Tidak Tangguh Suntikan Vaksin Pada Anak-Anak

Malaysia kini telah melakukan program suntikan vaksin COVID-19 pada golongan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

pakar nasihat ibu bapa tidak tangguh suntikan vaksin pada anak-anak

Menerusi PICKids, kanak-kanak ditawarkan vaksin COVID-19 dengan tujuan yang sama seperti kepada golongan remaja dan dewasa iaitu membendung penularan wabak COVID-19.

 

Pun begitu, masih ramai ibu dan bapa yang risau dan berbelah bagi sama ada mahu mengesahkan pemberian vaksin buat anak-anak mereka atau sebaliknya

 

Menurut Timbalan Pengarah Klinikal dan Pakar Perunding Perubatan Respiratori Hospital Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail berkata ibu dan bapa tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan anak-anak kerana pemberian vaksin kepada golongan ini sudah dilakukan di banyak negara lain di dunia.

 

Misalnya, Amerika Syarikat yang mula memberikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun pada 4 November lalu, dan disifatkan sebagai ‘hari yang baik’ dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

 

Negara jiran, Singapura juga sudah memulakan program vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun pada 27 Disember lalu dengan menggunakan vaksin keluaran Pfizer.

 

Pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak juga adalah dengan kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin untuk individu berusia 12 tahun dan keatas.

 

Disebut sebagai vaksin ‘Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection’, vaksin ini dikeluarkan syarikat Pfizer dan telah menerima kelulusan pendaftaran bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

 

Sumber: [1]