‘‘Mana Ada Pendek Sangat, Tak Perlulah Jadi Isu..’’ – Daiyan Trisha

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha menjawab tuduhan segelintir pihak mengenai pakaiannya dalam lakonan drama berjudul Projek Anchor SPM.

‘‘mana ada pendek sangat, tak perlulah jadi isu..’’ – daiyan trisha
 
Daiyan, 28, berkata pakaian seragam sekolah menengah untuk watak gadis tingkatan lima bernama Aaida dalam drama tersebut sepatutnya tidak dijadikan isu.

‘‘mana ada pendek sangat, tak perlulah jadi isu..’’ – daiyan trisha
 
Sebaliknya menurut Daiyan, dakwaan menyatakan skirt yang dipakai olehnya singkat adalah tidak benar kerana pakaian yang dipakai Daiyan lebih kurang sama dengan apa dipakai pelajar sekolah lain.

‘‘mana ada pendek sangat, tak perlulah jadi isu..’’ – daiyan trisha
 
“Watak dan karakter dalam drama tersebut direka bagi mencantikkan seluruh plot. Bagi saya, uniform itu  tidak perlu dijadikan isu besar kerana tidaklah terlalu pendek dan lebih kurang sama dengan apa yang dipakai pelajar sekolah.

“Mungkin posisi duduk dalam sesetengah adegan yang menampakkan seperti uniform itu kelihatan singkat. Walhal, sebenarnya tidaklah begitu pendek dan tak perlu dijadikan isu besar,” kata Daiyan kepada K! Online.

‘‘mana ada pendek sangat, tak perlulah jadi isu..’’ – daiyan trisha
 
Diberikan tanggungjawab sebagai watak yang sedekad lebih muda daripada usianya kini, Daiyan meluahkan rasa syukur menggalas watak sebagai pelajar sekolah meskipun usianya kini 28 tahun.
 
“Saya bersyukur kerana pada usia begini, tetap diberikan kepercayaan untuk membawakan watak pelajar berusia 17 tahun yang bakal mengambil peperiksaan.
“Mengambil kisah hidup kakak sendiri sebagai rujukan, saya banyak bermain ketika di bangku sekolah dulu. Manakala, kakak pula pelajar pintar dengan keputusan cemerlang,” kata Daiyan.

 
Drama lapan episod itu turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Aedy Ashraf, Sasha Abedul, Nadhir Nasa dan Adlin Aman Ramlie. Projek: Anchor SPM arahan Razaisyam Rashid menerusi jenama Astro Originals bakal ditayangkan menerusi Astro Citra saluran 108 (HD)/ 128 (SD) bermula 15 Mac ini.

 
Sumber: Kosmo!
 
 
 
ARTIKEL BERKAITAN