Paip pecah di Lebuhraya Persekutuan Punca Jem Teruk Petang Semalam Hingga Pagi Ini!

Semalam dan pagi tadi korang  tersangkut dalam jem kat Federal highway ke? Ini cerita dia. 
Punca sebenarnya ialah paip pecah di KM6.6 berhampiran pintu gerbang Kota Darul Ehsan menghala Menara TM. Insiden ini berlaku pada jam lebih kurang 2.50pm ini telah mengakibatkan penutupan 2 lorong kanan di lokasi kejadian sehingga ia telah menyebabkan kesesakan teruk pada petang Rabu hingga pagi tadi  dari arah Jambatan Kabel  ke Mid Valley.

paip pecah di lebuhraya persekutuan punca jem teruk petang semalam hingga pagi ini!

paip pecah di lebuhraya persekutuan punca jem teruk petang semalam hingga pagi ini!
 
Pihak Litrak Group telah memaklumkan kerja-kerja pembaikan paip masih giat dijalankan oleh kontraktor SYABAS. Dijangkakan kerja-kerja pembaikan ini akan selesai dalam masa 2 hari. So sabar la gaizz. Litrak Group juga menerusi laman facebook, turut share laluan alternatif bagi pengguna Lebuhraya Persekutuan. 

paip pecah di lebuhraya persekutuan punca jem teruk petang semalam hingga pagi ini!
Sumber Gambar : Facebook Litrak Group.

paip pecah di lebuhraya persekutuan punca jem teruk petang semalam hingga pagi ini!

Sehingga pagi ini Astro Radio Traffic melaporkan keadaan trafik menunjukkan kesesakan yang amat teruk sehingga WAZE menunjukkan kelewatan lebih 1 jam dari Batu Tiga ke Bangunan TM. Dijangkakan juga kelewatan yang sama pada waktu puncak petang ini. 
Insiden ini turut memberi kesan kesesakan dari arah Cheras melalui Lebuhraya Salak, Lebuhraya KL- Seremban & Lebuhraya MEX. Jemm arah bertentangan ni, tak lain tak bukan sebab orang Malaysia yang “sangat perihatin”. So please jangan perlahankan kenderaan anda semata-mata untuk melihat insiden ini!

paip pecah di lebuhraya persekutuan punca jem teruk petang semalam hingga pagi ini!

Sumber gambar : Waze

paip pecah di lebuhraya persekutuan punca jem teruk petang semalam hingga pagi ini!Sumber gambar : ITIS DBKL

Memandangkan kerja-kerja pembaikan masih dijalankan pengguna Lebuhraya Persekutuan dinasihatkan untuk menggunakan laluan Lebuhraya NPE atau Jalan Klang Lama sebagai alternatif. Jangan lupa untuk buka aplikasi WAZE sebelum memulakan perjalanan. 

Sumber : https://www.facebook.com/litrakgroup/posts/1925490414217886

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin