Pahang Cari Import Baru?

pahang cari import baru?

Sri Pahang FC bergelut dengan prestasi dalam saingan Liga Super musim ini. Selepas 7 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan ke-9 liga dengan hanya 5 mata. Kalau kita tengok semula, tak terkejut pun skuad Tok Gajah ni melalui permulaan buruk musim ini. Mana taknya, baru 2 perlawanan pihak pengurusan ambil keputusan merehatkan ketua jurulatihnya, Thomas Dooley. Rasanya 2 perlawanan terlalu awal kan? Tapi keputusan dah dibuat pun.

pahang cari import baru?


Sejak Thomas Dooley berehat, Dollah Salleh kembali diberi kepercayaan untuk mengendalikan Sri Pahang FC. Namun selepas 5 perlawanan, Sri Pahang cuma menang sekali iaitu ketika tewaskan Sabah FC 2-1. Mereka seri 2 kali dan kalah 2 kali kepada PJ City dan Kedah Darul Aman FC.
Dollah akui ketumpulan jentera serangan Tok Gajah antara punca pasukannya gagal pamer prestasi terbaik. Lebih buruk, Sri Pahang sebelum ini duduki tangga kedua tercorot liga, sebelum naik ke tangga ke-9 selepas seri 1-1 dengan Terengganu FC.

 

pahang cari import baru?


Bekas pemain Pahang itu kemudian buat kenyataan mengejut apabila berhasrat untuk mencari seorang penyerang import baru menjelang jendela perpindahan 1 Mei depan. Haa, sterus timbul spekulasi siapa yang akan digugurkan daripada pasukan ini nanti? Yevhen Bokashvili atau Pedro Henrique? Berdasarkan perlawanan berdepan TFC sebelum ini, penyerang yang direhatkan ialah Pedro Henrique.


pahang cari import baru?

Pada sidang media selepas perlawanan dengan TFC, Dollah akui dia perlukan pemain yang memberi impak positif untuk pasukan. Selepas 7 perlawanan musim ini, Sri Pahang baru menjaringkan 5 gol. Pemain tengah, Azam Azih muncul penjaring terbanyak untuk skuad Tok Gajah dengan 2 gol. Manakala penyerang Ukraine, Yevhen Bokashvili, Lee Tuck dan Nur Izzat Che Awang masing-masing menjaringkan 1 gol. Kalau top scorer satu-satu pasukan tu ialah pemain tengah, memang ada masalah la dengan penyerang pasukan tu kan? Dan kalau dah susah nak jaringkan gol, macam mana pasukan nak menang?


pahang cari import baru?

Jadi apa yang boleh kita harapkan daripada pasukan Sri Pahang musim ini? Tak mustahil kalau tiada perubahan dibuat, mereka akan terlibat dalam relegation battle. Namun, selepas perubahan drastik merehatkan Thomas Dooley pada awal musim, adakah pihak pengurusan Sri Pahang sanggup untuk membuat perubahan ini? Ayuh bangkit Pahang! Jangan sia-siakan pemain berkualiti yang dimiliki iaitu Azam Azih. Bukan apa, takut dipancing pasukan lain pulak.

 

Oleh: Karami Kamel

 

 

ARTIKEL BERKAITAN