Orang Awam Tak Boleh Pakai Butang Baju Melayu Logo PDRM

Aura raya ni memang semacam.

Ada sanggup berhabis duit beli kereta baru nak melaram balik kampung. Biar orang kampung ‘buka mata’ katanya. 

Ada yang suka hias rumah, jadi rumah dihias cukup gah. Lengkap dengan perabot dan peralatan rumah semua baru berkilat.

Ada juga yang tempah baju berpasang-pasang sebab nak beraya rumah terbuka keluarga dan kawan-kawan.

Yang tak mahu kalah mesti akan pilih gaya unik dan berani. Bak kata warganet, biar sampai jadi tular!

Ha yang KJ nak cerita kali ni pasal butang baju Melayu.

orang awam tak boleh pakai butang baju melayu logo pdrm

Samalah macam busana, sejak beberapa tahun ni rekaan butang baju Melayu pun tak kalah cantik, unik dan pelik.

Sekarang ini tular pasal butang baju Melayu logo PDRM! Ah sudah!!! Mungkin minat sangat ni kot dengan abang-abang polis yang selalu segak bergaya. Mungkinlah…

orang awam tak boleh pakai butang baju melayu logo pdrm

Tapi tahukah anda ia adalah satu kesalahan sebab orang awam tidak boleh memiliki sebarang logo atau lambang pasukan keselamatan itu tanpa izin.

Justeru PDRM minta penjual berhenti menjualnya dan orang awam tidak membelinya bagi elak dikenakan tindakan.

Kisah dan teladannya kat sini KJ nak cakap, nak bergaya tak salah tapi elakkan perkara-perkara yang akan menyusahkan di kemudian hari.

Polis dah bagi amaran tu jadi sesiapa yang dah beli tu bolehlah tukar kepada butang baju Melayu Avengers Infinity Stone ke…Batman ke…ha Captain America pun ada!

Bolehlah geng dengan anak KJ…hehehe

Oleh: KJ

Foto: AWANI & Facebook