Operasi Kedai Dan Hantar Makan Hingga 6 Pagi Sepanjang Ramadan

Bagi memudahkan umat Islam untuk mendapatkan makanan ketika bersahur, semua kedai makan, warung, gerai dan juga perkhidmatan penghantara makanan dilanjutkan hingga jam 6 pagi sepanjang Ramadan.

operasi kedai dan hantar makan hingga 6 pagi sepanjang ramadan

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini operasi kedai makan dihadkan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

 

Namun bagi memudahkan umat Islam khasnya golongan bujang dalam mendapatkan kepeluan bersahur, perkhidmatan itu kini dilanjutkan sehingga jam 6 pagi.

 

"Selepas mengambil kira semua pandangan serta keperluan orang bujang mendapatkan makanan bersahur, maka mesyuarat bersetuju semua restoran, warung, gerai kedai makan atau kedai kopi serta perkhidmatan makanan dilanjutkan sehingga selepas waktu sahur iaitu sehingga jam 6.00 pagi," jelasnya.

 

Dalam pada itu, majlis berbuka puasa dan aktiviti beribadah di masjid dan surau juga dibenarkan pelaksanaannya ketika bulan Ramadan ini.

operasi kedai dan hantar makan hingga 6 pagi sepanjang ramadan

Namun begitu, semuanya masih tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan seperti sebelum ini.

 

"Bilangan kehadiran di kawasan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), kita benarkan dengan syarat ada SOP tentang kedudukan meja dua meter jarak itu dipatuhi.

"Untuk majlis berbuka puasa sama ada di pejabat atau dalam dewan, di kawasan PKPB perlu 50 peratus daripada kapasiti sebenar manakala PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) 100 peratus mesti mempunyai penjarakan sosial," katanya lagi.

 

Sumber: Astro Awani