Ong Ewe Hock Sedia Bantu Soniia

digugurkan dari skuad badminton negara, ong ewe hock sedia bantu soniia

Soniia Cheah merupakan salah seorang pemain yang digugurkan daripada skuad badminton kebangsaan baru-baru ini. Selain Soniia, turut digugurkan daripada skuad kebangsaan ialah beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai, pemain beregu campuran, Lai Pei Jing dan pemain beregu wanita, Vivian Hoo. Kesemua mereka digugurkan selepas prestasi hambar yang dipamerkan pada 3 kejohanan di Thailand pada Januari.

Biarpun digugurkan, Soniia Cheah tetap ingin buktikan kemampuannya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo. Dia tekad untuk tingkatkan prestasinya pada 2 kejohanan di Eropah bulan depan iaitu pada Terbuka Switzerland dan All England. Berada pada ranking ke-32 dunia – merupakan pemain wanita negara dengan ranking tertinggi, Soniia masih berpeluang ke Sukan Olimpik namun perlu mengutip mata semaksimum mungkin.

Memandangkan dia kini bergerak secara profesional, Soniia perlu melakukan segalanya sendiri. Daripada mencari penaja, menempah tiket penerbangan dan hotel sehinggalah menjalani latihan. Kini Eng Ewe Hock tampil bersedia membantu Soniia Cheah.

digugurkan dari skuad badminton negara, ong ewe hock sedia bantu soniia

Bekas pemain kebangsaan itu yakin Soniia miliki ramuan yang cukup untuk layakkan diri ke Sukan Olimpik. Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 1998 itu juga berkata dia akan membantu Soniia untuk dapatkan tajaan dan juga menjalani latihan. Tapi semuanya masih dalam peringkat perbincangan ketika ini.

digugurkan dari skuad badminton negara, ong ewe hock sedia bantu soniia

Perlu ke Soniia terima bantuan Ewe Hock? Dah tentu! Kalau Soniia bersetuju, dia tak perlu lagi fikirkan cara untuk mencari penaja bagaimana nak rakan sepelatih dan dia cuma perlu fokus terhadap karier badmintonnya sahaja. Mungkin Soniia juga perlukan beberapa tunjuk ajar daripada Ong Ewe Hock untuk meningkatkan permainannya.

Ong Ewe Hock pun bukan calang-calang pemain satu ketika dahulu. Bekas pemain perseorangan lelaki negara itu meraih 3 pingat naib juara Piala Thomas pada 1994, 1998, dan 2002. Ewe Hock turut meraih 2 gangsa pada Sukan Asia 1994 dan 2002.

Dengan pengalaman yang dimiliki Ewe Hock, sudah pasti ia akan banyak membantu Soniia kan?

 
Oleh: Karami Kamel