Bintang Gegarvaganza 9, Jaclyn Victor berpendapat untuk menyanyikan lagu duet bersama penyanyi lain perlu bersatu hati dan tidak wajar pentingkan diri.
Jelasnya, jika sifat pentingkan diri sendiri berlaku, nyanyian tersebut tidak akan jadi harmoni.
“Setiap kali saya menyanyi duet, saya akan berbincang dengan rakan duet untuk mengharmonikan lagu tersebut.
“Tiada istilah ‘overshadow’ dalam persembahan kerana ia akan mencacatkan mutu nyanyian tersebut.
“Itu prinsip saya setiap kali membuat persembahan duet dengan rakan penyanyi yang lain,” katanya kepada portal SYOK.
Dalam perkembangan lain, Jac juga akui kagum dengan prestasi nyanyian Aina Abdul.
Ini kerana, Aina antara penyanyi muda yang mempunyai personaliti sendiri serta trademark yang unik.
“Saya suka dengar vocal Aina yang luar biasa setiap kali dia membuat persembahan.
“Dia penyanyi muda yang rajin dan kerap belajar benda-benda baru untuk mengembangkan kariernya.
“Saya harap Aina akan terus kekal bersifat demikian kerana dia mempunyai peminat yang ramai terutama anak-anak muda”.
Jac mendapat tempat pertama di minggu kelima Gegar Vaganza 9 Ahad lalu dengan mendapat markah tertinggi 92.4 peratus.
Saksikan Gegar Vaganza 9 setiap Ahad jam 9 malam disiarkan secara langsung di Astro Ria, Ria HD serta Astro Go.
Oleh: Syahdeen