‘Saya Tak Friendzone Dia’ - Nuha Jelas Hubungan Sebenar Dengan Naufal

Penyanyi muda popular, Nuha Bahrin menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama rakan seperjuangan industri, Naufal Azrin.

‘saya tak friendzone dia’ - nuha jelas hubungan sebenar dengan naufal

Kongsi Nuha, hubungan mereka tidak lebih dari seorang abang dengan adik, dan lebih selesa berkawan antara satu sama lain.

“Kami tidak bercinta. Naufal ibarat abang bagi saya.

“Buat masa ini, kami selesa berkawan. Tapi tak adalah saya ‘friendzone’ dia,” katanya yang berduet dengan Naufal dalam lagu popular, “Casablanca”.

Dalam pada itu, Naufal juga berkata dia hanya ingin meletakkan fokus pada kerjaya seni dan enggan memikirkan soal perkahwinan atau hubungan cinta.

“Kerjaya seni saya pun baru bermula. Buat masa ini saya tak boleh nak komen pasal teman istimewa apatah lagi perkahwinan.

“Saya mahu beri tumpuan kepada bidang ini dan keluarga saya sahaja,” katanya.

Baru-baru ini, tular foto yang memaparkan Nuha dan Naufal segak mengenakan busana pengantin dalam media sosial sehingga mencetuskan teka-teki dalam kalangan pengikut mengenai status hubungan mereka.

 

Sumber: Kosmo