“Kaki Saya Memang Saiz Budak” - Nuha Bahrin Jelas Isu Kasut Kecil

Nama penyanyi lagu “Casablanca”, Nuha Bahrin diperkatakan ramai baru-baru ini selepas kasut tumit tinggi yang dipakainya ketika membuat persembahan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW) menjadi bualan hangat di TikTok.

“kaki saya memang saiz budak” - nuha bahrin jelas isu kasut kecil

Ia gara-gara kasut yang dikenakannya itu kelihatan lebih besar daripada kaki Nuha sehingga ia terlihat longgar dan tidak sesuai.

“Itu memang kasut saya, bukan kasut pinjam,” katanya.

Jelas Nuha, dia tidak mempunyai pilihan lain susulan saiz kakinya juga terlalu kecil iaitu  saiz satu dalam ukuran UK.

“Kalau tengok kasut tu di kaki saya, nampak kaki saiz budak. Kaki saya memang saiz budak. Kalau pakai kasut tumit tinggi, mana yang macam boleh muat atau hampir-hampir saja memang terpaksa beli. Sebab tak ada masa untuk tempah. 

“Orang kata kasut pinjam, tapi sebenarnya tak. Itu kasut saya. Cuma memang tak muat, saya tak ada pilihan. Kaki saya saiz satu (UK). Kalau ada kasut tumit tinggi yang dijual pun paling kecil saiz tiga,” ujarnya.


Sumber: HMetro

ARTIKEL BERKAITAN