Tiada Hubungan Istimewa, Nuha Bahrin Anggap Naufal Macam Abang

Sejak akhir-akhir ini, desas desus mengenai hubungan percintaan penyanyi yang popular dengan lagu Casablanca, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin semakin hangat diperkatakan.

tiada hubungan istimewa, nuha bahrin anggap naufal macam abang

Namun bagi Nuha, hubungannya bersama Naufal hanya ibarat abang dengan adik dan mereka berdua selesa sekadar bergelar kawan.

 

Nuha bagaimanapun tidaklah melakukan ‘friendzone’ terhadap rakan duetnya itu, sebaliknya buat masa ini mereka selesa berkawan.

 

Baru-baru ini, foto mereka sebagai pengantin menjadi tular sehingga menimbulkan cakap-cakap netizen kononnya mereka sudahpun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun ia adalah foto sebagai duta untuk sebuah ekspo pengantin di Shah Alam yang akan diadakan tidak lama lagi.

tiada hubungan istimewa, nuha bahrin anggap naufal macam abang

Buat Nuha, ketika ini beliau mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan keluarganya dan tidak boleh memberikan komen mengenai teman istimewa, apatah lagi tentang perkahwinan.

 

Terdahulu, kedua-dua penyanyi ini menjadi tular menerusi lagi Casablanca sehingga meraih populariti hingga ke Indonesia disebabkan lagu hit mereka.

 

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN