Noraniza Idris Pertahan Harga Tiket Konsert Terakhir Yang Dianggap 'Mahal'

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 54, menyangkal dakwaan bahawa harga tiket konsert terakhirnya, iaitu Malai Solo yang bakal diadakan pada 21 hingga 23 Oktober ini di adalah mahal.

noraniza idris pertahan harga tiket konsert terakhir yang dianggap 'mahal'

Jelas Noraniza, konsert yang bakal diadakan di Istana Budaya itu mengambil kira kualiti persembahan yang akan dipertontonkan kepada peminat. 

Justeru, jualan harga tiket konsert yang bermula dari RM299 hingga RM1599 itu dianggap berbaloi.

Tambah Noraniza, sebelum menetapkan harga tersebut, dia juga telah membuat rujukan terhadap beberapa konsert yang diadakan artis-artis tempatan kebelakangan ini.

“Mahal ke? Saya rasa macam okey kerana ada buat rujukan harga tiket konsert sebelum ini. Harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1100. Saya cuma tambah sedikit saja daripada harga yang pernah diletakkan oleh penyanyi lain.

“Lagipun nilai yang ditetapkan saya berbaloi dengan persembahan yang dijanjikan kerana saya menggunakan pengarah, pemuzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan,” katanya.

Dalam pada itu, Noraniza turut mengumumkan bahawa dia telah menerima dana sebanyak RM3 juta daripada sebuah syarikat hartanah tempatan bagi menjayakan konsert tersebut.

“Alhamdulillah, saya lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan konsert ini. Pun begitu, saya masih mengalu-alukan penaja lain untuk membiayai konsert ini,” katanya.

 

Sumber: Kosmo