Banyak Dakwaan Palsu Tentang Saya’ - Nora Danish Minta Ruang Untuk Bernafas

Namanya menjadi bualan ramai orang sejak sah bercerai dengan bekas suami Nedim Nazri, pelakon terkenal Nora Danish memohon agar orang ramai memberikan ruang bernafas untuk bertenang lebih-lebih lagi bekas suaminya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, sejak dua menjak ini banyak dakwaan palsu mengenai dirinya yang keluar di dalam media sosial. 

“Sejak akhir-akhir ini pelbagai berita yang tidak sahih tentang saya menjadi tatapan umum.

Harap dapat memberi ruang untuk saya dan keluarga bernafas,” katanya. 

Dalam pada itu, Nora juga berharap agar orang ramai tidak mengambil kesempatan ke atas situasinya kini dan menyebarkan sebarang dakwaan palsu. 

“Pada yang segelintir, diharap janganlah sebarkan berita yang tidak betul sampai menjadi fitnah okey,” tambahnya.

Nora juga turut berterima kasih kepada orang yang sentiasa mendoakan serta sering mengambil berat tentang dirinya. 

“Terima kasih atas keprihatinan anda dan sentiasa mendoakan yang terbaik,” ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo