Adakah orang Sabah, bintang The Chosen One yang kami cari?

Program nyanyian, ‘The Chosen One’ kini kembali untuk musim kedua dan buat pertama kalinya, pencarian bakat muda terunggul ini akan mengadakan ujibakat terbuka bermula di Kota Kinabalu, Sabah hujung minggu ini!

adakah orang sabah, bintang the chosen one yang kami cari?

‘The Chosen One’ merupakan sebuah program nyanyian realiti yang mengandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang bakal menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih. 

Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berusia 7 sehingga 17 tahun. sesi ujibakat di Sabah akan berlangsung di Hotel Shangri-La, Kota Kinabalu pada 6 dan 7 Julai bermula jam 9 pagi. 

adakah orang sabah, bintang the chosen one yang kami cari?

Bagi mereka yang berada di semenanjung, satu lagi sesi ujibakat The Chosen One akan diadakan minggu hadapan di Aeon Shah Alam, 13 & 14 Julai. 

Berikut merupakan senarai lagu wajib untuk para peserta lelaki dan perempuan.

adakah orang sabah, bintang the chosen one yang kami cari?

adakah orang sabah, bintang the chosen one yang kami cari?

Untuk rekod, adik Amir Sisi telah dinobatkan sebagai pemenang The Chosen One musim pertama bersama jurulatihnya, Putera Muhammad dan membawa pulang wang tunai RM 30,000. The Chosen One musim pertama turut menampilkan penyanyi-penyanyi hebat yang lain seperti Aisha Retno, Hazama, Shiha Zikir dan Wani Kayrie.

Adakah anda bintang yang kami cari? Siapakah barisan mentor musim kedua kali ini? Sama-sama kita nantikan!