Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi saksi kepada detik yang cukup bermakna buat peminat bola sepak, apabila legenda Manchester United, Nani, hadir dalam satu sesi eksklusif anjuran Snapdragon®, jenama teknologi terkemuka di bawah Qualcomm Technologies Inc.

Acara “meet-and-greet” ini membawa bersama pemenang peraduan dari Thunder Match Technology Sdn. Bhd. (TMT), ahli kelab peminat rasmi Manchester United, serta wakil media tempatan untuk beramah mesra dan berkongsi detik istimewa bersama bekas pemain sayap Red Devils itu.
Sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia Manchester United, Kuala Lumpur dipilih sebagai salah satu daripada hanya dua destinasi untuk sesi bertemu peminat ini, satu penghormatan besar kepada komuniti peminat bola sepak tempatan. Kehadiran Nani bukan sahaja menghidupkan nostalgia zaman kegemilangannya bersama kelab gergasi England itu, malah mencetus keterujaan di kalangan peminat yang membesar menyaksikan aksi lincahnya di Old Trafford.

Bertempat di Megastore TMT di Sunway Pyramid, suasana acara dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif, termasuk sesi soal jawab, bergambar, serta perkongsian pengalaman Nani semasa mewakili Manchester United. Peminat turut diberi ruang untuk bertanya soalan secara langsung dan mendengar sendiri pandangan Nani tentang perjalanan kariernya serta perkembangan semasa dunia bola sepak.
Snapdragon, di bawah Qualcomm, sebagai penaja utama, berjaya menggabungkan semangat sukan dan inovasi dalam satu acara yang membuktikan teknologi bukan sahaja memudahkan kehidupan seharian, tetapi juga memperkukuh hubungan antara legenda dan peminat. Dengan kehadiran Nani, Kuala Lumpur sekali lagi membuktikan bahawa semangat bola sepak di Malaysia sentiasa membara