Podcaster SYOK, Geetha Berjaya Pegang Watak Dalam Filem Hantu

Dunia podcast kian mendapat sambutan hangat. Siapa sangka podcaster SYOK yang popular dengan podcast seram bertajuk "Marma Desam" kini mencaburkan diri dalam dunia lakonan. Terkini, filem terbaru lakonan Geetha di pawagam mendapat perhatian ramai, dengan gandingan pelakon hebat lain seperti Qasrina Karim dan ramai lagi. Filem terbaru lakonan Geetha ini bertajuk "Siapa Buka Lampu".

Sedikit trivia mengenai podcaster hebat ini:

Geetha, merupakan salah seorang penyampai radio di Raaga. Beliau telah menceburi bidang lakonan dan aktif di India dan Malaysia. Geetha tidak asing lagi dalam dunia hiburan Tamil di Malaysia. Podcast Geetha pernah mendapat pengiktirafan tertinggi dari Malaysia Book of Records di Anugerah Podcast SYOK 2023.

podcaster syok, geetha berjaya pegang watak dalam filem hantu

Filem "Siapa Buka Lampu" merupakan satu lagi langkah besar dalam karier Geetha. Setelah berjaya menakutkan pendengar dengan cerita-cerita seram dalam podcastnya, kini Geetha membawakan bakat lakonannya ke layar perak.

Bagi mereka yang meminati cerita seram dan lakonan mantap, filem ini pasti tidak boleh dilepaskan. Saksikan Geetha, bersama pelakon-pelakon hebat lain, dalam "Siapa Buka Lampu" di pawagam berhampiran anda!

podcaster syok, geetha berjaya pegang watak dalam filem hantu

Tidak dinafikan, dengan kejayaan dalam bidang podcast dan kini filem, Geetha membuktikan bahawa tiada batasan dalam mengejar impian. Teruskan menyokong karya-karya tempatan dan jangan lupa untuk mendengar podcast "Marma Desam" yang telah mencipta sejarah di Malaysia.

Jadi, siapa kata podcaster hanya tahu bercakap? Geetha telah membuktikan bahawa mereka juga boleh beraksi di layar perak!