Tidak mahu spekulasi tidak baik timbul, pelakon Nora Danish menolak dakwaan punca penceraian dia dan bekas suami, Nedim Nazri bukanlah berkaitan masalah kewangan.
Menurut Nora, dia dan bekas suami berharap agar orang ramai tidak menimbulkan sebarang teori bagi mengekalkan keharmonian kedua-dua belah pihak.
“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.

“Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan. Kami sudah duduk berasingan enam bulan dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
“Kami percaya pasti ada hikmah terbaik pada pengakhiran cerita kami berdua,” katanya.
Sebelum ini Nedim telah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada pukul 8.40 malam.
Sumber: Kosmo