"Saya Makin Takut Mati" - Nora Danish Mengaku Kian Resah Fikirkan Umur Meningkat

“Bila dah berumur ini saya lebih takut kepada kematian.”

saya makin takut mati - nora danish mengaku kian resah fikirkan umur meningkat

Demikian kata Nora Danish yang mengaku dia kerap mengalami keresahan memikirkan usia yang kian meningkat.

“Rawatan tak ada sangat tapi saya lebih banyak kepada membaca. Sekarang ini dekat media sosial dah banyak orang berkongsi kata-kata motivasi jadi saya selalu tengok dan baca.

“Punca anxiety bukan disebabkan netizen tetapi lebih kepada kalau saya naik kapal terbang, saya akan banyak fikir (terhempas). Saya seorang yang emosional, sangat sensitif.

“Dua perkara ini boleh menjadi faktor saya berfikir berlebihan. Selalunya persepsi kita, bila terlalu fikirkan sesuatu mesti benda-benda keburukan sebenarnya tidak.

“Tapi saya akan cepat-cepat salurkan fikiran itu sebagai ‘super power’ saya. Orang lain tak ada, tapi saya ada. Bukan apa, terlalu banyak berfikir ini bukan saja menyakiti hati saya saja, malah turut melukai orang yang berada di sekeliling,” katanya kepada media tempatan.

Tambah pelakon yang kini berusia 40 tahun itu, setiap kali dia perlu menaiki kapal terbang, dia akan menghubungi ibunya bagi menitip pesanan mengenai harta peribadi miliknya.

“Saya akan buat wasiat dan apa yang patutlah… telefon mak saya dah beritahu harta saya dekat sini dan semualah. Tapi itulah, lama-lama saya sendiri kena ‘push’ diri.

“Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan yang agak lama dan tidak boleh ke mana-mana, anxiety jadi semakin sebati dalam diri saya,” ujarnya.

 

Sumber: UtusanTV

ARTIKEL BERKAITAN