‘Alif, This Is For You’ – Nora Terima Skrol Arwah Anak Di Majlis Konvokesyen

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin baru-baru ini berkongsi sebuah video di laman akaun Instagram miliknya menunjukkan dia menjadi wakil untuk mengambil skrol arwah anak lelakinya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan di sebuah Universiti. 

“Alif. This is for you. Mama tolong ambil ye. Alhamdulillah. Congrats. Keluarga kecil saya tumpang bangga dan gembira dengan pencapaian anaknda Alif Johan, sempat habiskan Diploma sebelum kembali ke Rahmatullah. 

“Moga Alif tenang di sana. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia. Thank you UITM, Moga legacy arwah dapat diteruskan. Al- Fatihah”, tulis kapsyennya. 

 

Syakir Alif berjaya menamatkan pelajarannya dalam Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana. 

Rata-rata komen netizen turut merasa bangga dengan kejayaan arwah Alif dan sentiasa mendoakan arwah Alif. 

Sumber: Instagram @itsnoraariffi