‘Saya Tergamam Tidak Terkata’ - Nora Ariffin Diceraikan Tanpa Sebab

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mendakwa suaminya, Dr Rushdi Ramli melafazkan cerai tanpa kerelaan. 

Menurutnya, Rushdi dipaksa melafazkan talak dan diminta merakamkan aksi itu melalui video untuk dijadikan bukti.

"Ustaz (suami) dipaksa ceraikan saya tanpa sebarang sebab dan diminta ambil video sebagai bukti supaya semua orang tahu," katanya. 

‘saya tergamam tidak terkata’ - nora ariffin diceraikan tanpa sebab

Dalam pada itu, Nora kini memilih untuk mendiamkan diri mengenai siapa  individu yang didakwa memaksa bekas suaminya itu berbuat demikian.

"Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebab dan merakam video sebagai bukti.

"Saya tergamam tidak terkata. Cukuplah Allah bersamaku," katanya dalam hantaran InstaStory. 

Semalam, berita Nora diceraikan oleh Rushdi melalui sebuah video viral dan mengejutkan orang ramai. 

Sumber: Kosmo