Ibu kepada personaliti popular Neelofa iaitu Noor Kartini, 57, meluahkan rasa syukur kerana tiada seorang pun anaknya terlibat dalam aktiviti tidak baik, termasuklah Ameera Khan, 22.
Ujarnya, dia sebenarnya tidak ambil tahu jika kisah anaknya tular, tapi beliau tampil bersuara menafikan dakwaan kononnya Ameera Khan terbabit dengan aktiviti perjudian, baru-baru ini.
"Alhamdulillah tak ada sesiapa pun tengok anak-anak saya ada di kelab (malam), tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha dan vape. Itu saya boleh rasa banggalah dengan anak-anak.
"Pasal perjudian itu memang tak ada dalam keturunan kami. Tak pernah jejak kaki pun ke tempat begitu. Saya tak anggap itu satu ujian pun. Tak pernah ambil tahu pasal orang cakap hari-hari tular (pasal anak-anak). Cuma pasal Ameera itu perlu jawab," katanya.
Kartini juga berkata, anaknya Ameera masih banyak perlu belajar untuk memperbaiki diri.
Tambah lagi, beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kisah rumah tangga anaknya, Noor Nabila, 39, dengan suami, Engku Emran, 48.
Terdahulu, Ameera Khan menjadi perhatian netizen selepas dia memuatnaik gambar menghadiri acara lumba kuda di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Sumber: HMetro