Noh Salleh & Mizz Nina Sah Bercerai Talak Satu?

Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh dilaporkan telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos. 

noh salleh & mizz nina sah bercerai talak satu?

Menurut satu portal akhbar tempatan, pasangan itu telah memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama, di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai hantaran seorang pengguna Twitter yang memetik nama penyanyi kumpulan Hujan itu dalam satu ciapan yang menyentuh mengenai perceraian.

“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak 'cover' pula,” tulisnya.

Terdahulu, Noh atau nama sebenar Mohammad Noh Salleh menafikan desas-desus berkenaan keretakan rumah tangganya pada 13 Julai lalu.

“Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya),” katanya kepada media.

Sehingga kini, pasangan tersebut masih memilih untuk mengunci mulut mengenai status hubungan mereka daripada orang ramai.

Shazrina Azman, atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina mendirikan rumah tangga bersama Noh pada 2 Julai 2011. April tahun ini, mereka memperkenalkan Musa sebagai anak angkat selepas hampir 11 tahun melayari alam perkahwinan bersama.


Sumber: Harian Metro & Gempak