Noh Hujan Terpaksa dan Berat Hati Kembalikan Musa Kepada Mizz Nina

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 39, akui berasa berat hati dan dengan rela menyerahkan kembali anak angkatnya, Musa, 3, kepada bekas isteri, Mizz Nina.

noh hujan terpaksa dan berat hati kembalikan musa kepada mizz nina

Menurut Noh, bekas isterinya itu hadir ke kediamannya bersama suami, Essam Muhammad serta polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali bertujuan untuk mengambil kembali Musa daripada jagaannya.

 

"Dalam jam lebih kurang 8.30 malam (Sabtu), pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (jagaan sementara) dari Mahkamah Syariah sebelum sesi mediasi.

"Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya Tuhan saja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya," tulisnya.

noh hujan terpaksa dan berat hati kembalikan musa kepada mizz nina

Ujar Noh lagi, tiada sebarang insiden perebutan berlaku kerana dia percaya masih ada jalan pendamaian dan apa yang lebih penting adalah mental dan fizikal Musa.

 

"Saya berharap statement (kenyataan) ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian," katanya lagi.

 

 

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan anak seorang selebriti wanita negara ini telah dilarikan pembantu rumah warga asing, namun berjaya ditahan pada hari kejadian selepas bertindak pantas membuat laporan polis. Hasil siasatan juga mendapati, bekas suami selebriti wanita itu adalah dalang kepada penculikan ini.

 

Justeru, nama Noh Hujan dan Mizz Nina dipetik netizen, namun keduanya bertindak mendiamkan diri hinggalah kepada keluarnya pengakuan dari penyanyi lelaki itu menerusi satu temu bual di televisyen, pada hujung minggu lalu.

 

Sumber: Instagram