Isu Ludah Di Pentas, Noh Salleh Dakwa Terkena ‘Renjatan Elektrik’

Baru-baru ini tular video memaparkan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang dilihat meludah di atas pentas ketika sedang membuat persembahan.

isu ludah di pentas, noh salleh dakwa terkena ‘renjatan elektrik’

Selepas mendapat kecaman ramai akan tindakan yang dilihat tidak bermoral itu, pengurus kumpulan Hujan tampil membuat penjelasan.

 

Menurut Ahmad Ariffin Ahmad, Noh sebenarnya terkena renjatan elektrik daripada mikrofon yang menyentuh wajahnya yang dipenuhi peluh menyebabkan mulutnya menjadi kebas.

 

"Insiden yang berlaku berpunca daripada masalah teknikal. Sepatutnya Noh tampil dengan gitar, tapi terpaksa menyanyi tanpa memetik gitar pada acara itu.

"Malah mikrofon yang dipegang juga mengalami masalah. Ketika Noh meletakkan mikrofon berhampiran mulutnya, dia terkena sedikit renjatan elektrik.

"Disebabkan mulutnya kebas serta tidak banyak masa dia secara spontan meludah di atas pentas bagi mengalih rasa sakit.

"Ingin saya tegaskan dakwaan Noh meludah ke arah penonton tidak benar. Jarak antara pentas dan penonton juga dipisahkan dengan besi penghadang, jadi tidak mungkin (ludah) terkena penonton," katanya.

 

Tambah pengurus kumpulan Hujan itu lagi, pihaknya meminta maaf sekiranya air liur yang diludah Noh terkena pada penonton.

 

Dalam perkembangan sama, Noh juga dilaporkan berada dalam keadaan baik dari segi mental dan fizikalnya.

 

Sumber: HMetro