“It’s Your Road, No One Can Walk It For You” - Fazura

Rata-rata netizen dilihat ‘berkampung’ dalam instagram pelakon Fazura selepas dia memfailkan perceraian kepada suaminya yang juga pelakon Fattah Amin.  

Hal ini dapat dilihat di hantaran Fazura yang memuat naik gambar hitam putih ibarat simbolik berhadapan episod hati yang sedang berduka.

“Ini jalan kamu dan kamu sendirian, orang lain mungkin boleh hadir bersama-sama tetapi tidak ada yang akan mampu melakukan sesuatu untuk kamu (It’s your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you),” tulisnya. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Rata-rata pengikut Fazura turut mendoakan serta memberi kata-kata semangat kepada Fazura agar  terus kuat berdepan kemelut rumah tangga dengan suaminya, Fattah Amin.

“Fazura yang saya kenal, orangnya kuat semangat,” kata peminat.

“Kasihan Fazura, dia terlalu cantik untuk bersedih,” ujar pengikut.

“Semoga terus kuat Fazura. Kami sayang awak dan Fatima sangat-sangat,” tutur peminat lain.

Sumber: Kosmo