"Mampu Ke Korang Bertahan 30 Tahun?" - Ning Baizura Buka Mulut Tentang Video Sumbang Yang Tular

Penyanyi ternama, Ning Baizura, 47, akhirnya membuka mulut mengenai video tular yang memperlihatkan dirinya sedang menyanyi secara sumbang di media sosial.

mampu ke korang bertahan 30 tahun? - ning baizura buka mulut tentang video sumbang yang tular

Dalam video tular itu, Ning dilihat bergelut untuk membawakan lagu popularnya, “Awan Yang Terpilu” dalam sebuah konsert terbaru yang diadakan, sehingga mengundang kritikan daripada ramai netizen.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas kecoh mengenai video itu di serata media sosial, Ning akhirnya tampil untuk menjelaskan mengenai insiden tersebut.

@msningbaizura kepada BBNU dan budak2 yg tau kutuk akak jer buat macam2 video nak naikkan diri sendiri.. Terima Kasih akak ucapkan .. 🥰Alhamdulillah.. dpt lebih byk fans & followers semlm dan hari ini… soalannya, mampu kah anda bertahan selama 30 tahun?? Waallahwaallam… Tak puas hati dtg tengok sendiri show atau concert kakak ya.. setakat nak kutuk, nak cari kelemahan org, sesiapa pun boleh buat, org mcm ni namanya oppurtunist, yg suke cut and paste..Penakut actually bukan pengikut…. Hmmmmph Allah aja yg tau kan.. Alhamdulillah sy masih bertenaga, berupaya, sihat, cantek, bahagia, dan masih bergelar Ning Baizura.. Aminnn Tq for making me stronger.. i love it #fyp #fyppage #ningbaizurasoulqueen #kauadaker #ningbaizuraviral #bb ♬ original sound - NingBaizura

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, tulis Ning, “Kepada BBNU dan budak-budak yang tahu kutuk akak je buat macam-macam video nak naikkan diri sendiri. Terima kasih akak ucapkan.

“Alhamdulillah, dapat lebih banyak fans dan followers semalam dan hari ini. Soalannya, mampukah anda bertahan selama 30 tahun? Wallahualam. Tak puas hati datang tengok sendiri show atau concert kakak ya.

“Setakat nak kutuk, nak cari kelemahan orang, sesiapa pun boleh buat, orang macam ni namanya opportunist, yang suka cut and paste. Penakut actually bukan pengikut. Hmmm, Allah saja yang tahu kan. 

“Alhamdulillah saya masih bertenaga, berupaya, sihat, cantik, bahagia, dan masih bergelar Ning Baizura. Amin. Thank you for making me stronger. I love it,” katanya.

 

Sumber: TikTok