Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 untuk seluruh negara turun setakat 8 Feb.
Kadar kebolehjangkitan Ro/Rt pada jangkan mengikut kes pada 8 Feb untuk seluruh negara turun kepada 0.91, dan merupakan antara yang terendah sepanjang tahun 2021.
Bagi bacaan Ro/Rt mengikut negeri, Melaka mencatatkan kadar bacaan tertinggi iaitu 1.27, diikuti P.Pinang (1.09), Selangor (1.08) dan Johor (1.07). Bacaan nilai kebolehjangkitan bagi semua negeri di Malaysia adalah seperti tertera:
Terdahulu, nilai R adalah kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Misalnya, jika Nilai R=2.2 bermaksud: 10 kes positif boleh menjangkiti 22 individu lain dalam tempoh kebolehjangkitan.
Sumber: KKM