Adik kepada chef selebriti Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob baru-baru ini ada memuatnaik foto yang memaparkan dirinya sambil termenung melihat sesuatu.
Foto berkenaan dilihat warganet seakan-akan menggambarkan kesunyian dan kesedihan yang dirasai Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38, selepas berpisah dengan pelakon, Mawar Rashid.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat memberi nasihat dan semangat untuk beliau, sambil ada yang mencadangkan agar pasangan itu kembali bersatu semula sebagai suami dan isteri.
Malah, ada juga yang menyuruf Raf untuk move on dan segera mencari pengganti baharu supaya dia kembali gembira dan ceria. Bagaimanapun Raf berkata, dia belum bersedia untuk mencari pengganti Mawar, malah tidak pernah terfikir untuk kearah itu buat masa ini.
Sekadar info, Raf dan Mawar pernah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Bagaimanapun, mereka mengumumkan perpisahan menerusi satu hantaran di Instagram Stories pada 23 November lalu, atas dasar tiada lagi persefahaman antara mereka dalam berumahtangga.
Sumber: Instagram