Mira Filzah Tayang Wajah Anak Pada Umum, Warganet Sepakat Puji Comel!

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah akhirnya berkongsi wajah anak pertamanya kepada umum.

mira filzah tayang wajah anak pada umum, warganet sepakat puji comel!

Foto yang pertama kali dimuatnaik menerusi laman sosial Instagram itu nyata telah meraih banyak pujian ramai daripada warganet.

 

Mira Filzah, 29, telah berkahwin bersama suami yang juga seorang ahli perniagaan, Wan Emir Astar, 32, pada 3 September 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 10 Mei lalu. Sejak daripada kelahiran cahaya matanya itu, pasangan ini tidak pernah berkongsikan foto wajah anak mereka, Wan Khair Amir kepada umum.

mira filzah tayang wajah anak pada umum, warganet sepakat puji comel!

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa, mama dan semua mendoakan moga Wan Khair Amir menjadi anak soleh, insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan Tanah Air.

"Papa dan mama sayang anak Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu," tulis beliau pada kapsyen.

 

 

Mira sebelum ini pernah menyatakan beliau tiada niat untuk menyorokkan wajah anaknya itu namun memilih untuk berkongsikan wajah anaknya apabila tiba waktu yang sesuai nanti.

 

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata warganet sepakat memuji kecomelan wajah anak pasangan ini.

mira filzah tayang wajah anak pada umum, warganet sepakat puji comel!

mira filzah tayang wajah anak pada umum, warganet sepakat puji comel!

mira filzah tayang wajah anak pada umum, warganet sepakat puji comel!

mira filzah tayang wajah anak pada umum, warganet sepakat puji comel!

 

Sumber: Instagram