Aksi bersahaja penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika membawa anaknya, Aafiyah ke pasar malam baru-baru ini telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi video tular, ramai dilihat memuji beliau yang tidak kekok untuk ke pasar malam dan membeli barangan mainan untuk anak sulungnya itu.
Difahamkan, Siti ketika itu sedang berjalan-jalan di sebuah pasar malam di Kuala Lipis, Pahang, sambil turut dikerumuni pengunjung namun keadaan masih terkawal.
Gelagat penyanyi dan anaknya itu dirakam peminat menerusi Tiktok Faizah Faizal sebelum ia dikongsi semula menerusi platform media sosial lain.
Sumber: Tiktok