Netizen Pakat Kongsi ‘Port’ Sorok Barang Dalam Asrama Masa Live Cikgu Spot Check

Sudah menjadi lumrah kehidupan asrama, pasti ada beberapa peraturan yang perlu diikuti. Namun pasti ada segelintir yang ‘tak dengar cakap’, dan secara sembunyi melanggar peraturan seperti membawa telefon bimbit serta barang larangan lain ke asrama.

 

Disebabkan itu, aktiviti spot-check akan dilakukan oleh cikgu, warden atau penjaga asrama ke atas pelajar.

 

Baru-baru ini, seorang guru yang dipercayai juga adalah seorang warden asrama telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas pelajar asramanya, dan apa yang menarik adalah guru itu turut melakukan siaran langsung Tiktok semasa sedang membuat spot-check ini.

netizen pakat kongsi ‘port’ sorok barang dalam asrama masa live cikgu spot check

Turut membantu bersama melakukan spot-check, netizen yang menyertai siaran langsung itu bersama-sama mendedahkan lokasi favorite untuk menyorokkan barangan terlarang semasa berada di asrama.

netizen pakat kongsi ‘port’ sorok barang dalam asrama masa live cikgu spot check

Antara lokasi yang dikongsikan netizen adalah seperti di atas kipas, bawah katil, dalam kasut, dalam tilam, bantal, celah almari dan merata lagi, hingga memudahkan warden itu membuat pemeriksaan.

 

 

Siaran langsung Tiktok itu telah dikongsikan semula menerusi laman Twitter dan mendapat perhatian ramai.

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter