Baru-baru ini, pelakon, Nora Danish, 42, telah berkongsi video memaparkan dirinya bersama anak sulung, Putra Rayqal Ramli.
Namun apa yang mencuri tumpuan adalah wajah awet muda Nora disamping anak lelakinya yang berusia 15 tahun itu, hingga ada yang beranggapan bagai sepasang kekasih muda.
Nora turut meluahkan rasa terkejut apabila mendengar perkara itu, dan tidak menafikan pada zaman in ramai remaja yang nampak lebih matang berbanding usia mereka sebenar.
“Saya terkejut bila dengar perkara itu. Saya tak nampak diri ini semuda itu kerana anak sulung dan berusia 15 tahun.
“Kadang-kadang, mereka (anak-anak) lebih cerdik daripada kita dan kita pula ‘disekolahkan’ mereka.
“Walaupun saya melayan anak-anak macam kawan baik tapi sebagai ibu, saya tetap bersikap tegas dan pada masa memahami,” kata Nira.
Tambah aktres jelita ini lagi, beliau juga tidak terlalu bersikap tegas hingga mewujudkan halangan dengan anak-anak, tambah pula dengan teknologi masa kini dihujung jari sahaja.
“Bila kita tegas dengan anak dan letak halangan, mereka tak mahu kongsi masalah pula. Kita perlu buat anak seperti kawan dan jadi geng terutama dua anak saya lelaki,” ujar Nora lagi.
Ditanya mengenai rahsia dirinya ramping, beliau akui ada mengamalkan suplemen kesihatan untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan, disamping amalan diet dan juga senaman sihat.
Sumber: BOOM!