Netizen Dedah Mesej Hafidz Dengan Wanita Didakwa ‘Penyondol’, Siap Panggil Sayang!

Sejak semalam kecoh diperkatakan selepas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi membuat luahan mendakwa suaminya itu telah berlaku curang.

hafidz roshdi tenang hadapi kecaman isu curang, “tengah komen kat bawah ke tu?”

Terbaharu, tular gambar seorang wanita bertudung yang didakwa adalah orang ketiga dalam rumah tangga pasangan ini.

 

Menerusi hantaran yang kini tular di Instagram, satu tangkap layar perbuatan WhatsApp yang tertera nama ‘Hafidz’ bersama wanita itu yang dilihat meluahkan rasa rindu selain turut memanggil wanita itu dengan panggilan ‘sayang’.

netizen dedah mesej hafidz dengan wanita didakwa ‘penyondol’, siap panggil sayang!

Turut dikongsikan netizen adalah media sosial wanita berkenaan, namun tinjauan mendapati akaun itu kini telah ditetapkan pada mod privasi.

netizen dedah mesej hafidz dengan wanita didakwa ‘penyondol’, siap panggil sayang!

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan tangkap layar itu serta adakah wanita yang ditularkan ini adalah individu perampas yang dimaksudkan dan juga adakah benar mesej perbualan itu adalah kepada Hafidz Roshdi atau Hafidz yang berbeza.

 

Terdahulu, Hafidz Roshdi telah dikatakan berlaku curang terhadap isterinya selepas isterinya itu berkongsi luahan perasaan mengenai perkara itu pada pagi Khamis. Hafidz bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan balas, sebaliknya hanya berkongsi sekeping foto dengan kapsyen seolah-olah mengejek netizen yang sedang menyerang akaun media sosialnya.

 

Sumber: Instagram