Tak Follow IG, Netizen Dakwa Syada Gaduh Dengan Kakaknya, Shila Amzah?

Baru-baru ini, timbul khabar angin mendakwa penyanyi, Syada Amzah kononnya sedang bergaduh dengan kakaknya, Shila Amzah hingga wujud ‘perang dingin’ antara mereka.

tak follow ig, netizen dakwa syada gaduh dengan kakaknya, shila amzah?

Bagaimanapun, Syada, 25, tampil menjawab khabar angin itu dan katanya perselisihan faham antara adik-beradik adalah normal.

 

“Cakap pasal dingin, saya memang sentiasa perang dingin dengan semua adik beradik saya. Saya rasa kita manusia biasa dan jadi normal sahaja.

“Saya ada terserempak dengan dia dekat Night of Fright. Elok saja boleh bertegur sapa dan peluk. Tak tarik rambut, janga risau. Risau pasal keluarga sendiri dulu okay,” tulis Syada di IG Story.

 

Syada turut mengulas mengenai kononnya sokongan sebelah pihak buat abangnya yang bakal bertanding dalam sebuah program realiti nyanyian tidak lama lagi.

 

“Sebagai adik, saya hanya menunjukkan sokongan kepadanya dan saya tulis sokongan seperti The Amzahs. Jika kami tidak okay, saya tidak akan mengatakan The Amzahs. Jadi saya harap itu jelas,” ujar Syada lagi.

 

Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa Shila dan Syada bermasam muka, lebih lagi apabila kedua mereka saling tidak mengikuti sesama sendiri di Instagram.

 

Sumber: Instagram