Hubungan pasangan selebriti, Amelia Henderson bersama pelakon, Aedy Ashraf kini bukan lagi rahsia.
Disebabkan itu, ada peminat mendakwa pasangan ini akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dan kini sedang giat membuat persiapan menuju hari bahagia.
Bagaimanapun pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson ini berkata, dirinya sendiri terkejut apabila mendengar akan perkara itu, dan menyifatkan ia sekadar gurauan semata-mata.
“Saya baca komen Tiktok, (reaksi) saya macam: ‘weh, saya nak kahwin?’
“Menarik! Tak tahu. Kalian beritahulah nanti bila saya nak kahwin nanti. Sebab saya (sendiri) tak tahu. Saya sedang bekerja sekarang ini. Saya tak tahu apa-apa langsung.
“Jadi, bagi saya mereka (netizen) memang suka mereka-reka cerita tapi kadang-kadang, saya terhiburlah,” katanya.
Tambahnya lagi, jika benar mereka akan berkahwin, dia sendiri akan umumkan kepada orang ramai, dan bukannya dari pihak lain.
Baru-baru ini, tular video di Tiktok menunjukkan pasangan ini berpimpin tangan, dan turut melontarkan perkataan ‘sayang’, mengesahkan lagi hubungan mereka yang semakin serius.
Sumber: Kosmo!, Tiktok