Baru-baru ini, tular kontroversi membabitkan Mas Idayu selaku juri sebuah program realiti yang dikatakan memberikan komen pedas dan melampau kepada salah seorang peserta program itu.
Dek kerana kontroversi itu, ramai netizen termasuk rakan artis mengecam tindakan Mas Idayu, sehingga ada yang membandingkan cara penyanyi dari Indonesia, Judika melemparkan komen selaku juri sebuah program lain.
Menerusi Twitter @SaifulEnver, Judika selaku juri program Indonesian Idol dilihat lebih profesional dalam memberikan komen terhadap nyanyian seorang pesertanya, dan dalam masa sama mengajar teknik nyanyian yang betul.
“Cuba tengok cara Judika bantu Novia nyanyi lagu Speechless. Ni namanya juri. Kritik dan bantu.
“Bukan macam juri Malaysia yang suka maki hamun macam dia terpaling bagus kat Malaysia tu. Walhal nyanyi genre selain dangdut pun hauk,” katanya.
Selain Judika, cara yang digunakan Hetty Koes Endang dalam memberikan komen terhadap nyanyian peserta rancangan Gegarvaganza juga mendapat pujian kerana dilihat lebih profesional dalam mengajar peserta pertandingan.
Dalam laporan berbeza, Mas Idayu menolak cadangan netizen agar dia menyertai program Gegar Vaganza kerana baginya itu bukanlah tahapnya lagi memandangkan sudah 38 tahun berada di industri.
Sumber: Twitter / Youtube