Usahawan selebriti Neelofa, akui rasa bersyukur dan gembira dengan suami yang sering memberi sokongan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan.
Menurut Neelofa, selain sokongan suami dia turut bersyukur kerana dikelilingi ahli keluarga yang sering mengajak melakukan kebaikan.
“Selain suami yang banyak memberi galakan tentang agama, saya juga mempunyai ramai sepupu dan ibu saudara yang sangat konsisten melakukan aktiviti seperti zikir dan solat tahajut.
“Apabila kita mempunyai pasangan, kawan-kawan atau keluarga yang boleh mengajak ke arah kebaikan, itu sangat membantu,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa turut berpendapat setiap individu pasti berdepan dengan ujian dan dugaan sehingga mengakibatkan tahap keimanan mereka turun naik.
Sumber: Kosmo