Sah, Neelofa Sedang Hamil Anak Kedua, Bilal Tak Meragam Nak Jadi Abang

Pengacara dan selebriti popular, Neelofa telah menjawab pertanyaan berhubung soalan dirinya yang sedang hamil anak kedua.

sah, neelofa sedang hamil anak kedua, bilal tak meragam nak jadi abang

Beliau mengiyakan pertanyaan itu sambil berkata, “Ya, half way to go (pertengahan jalan),”.

 

Ia sekaligus menjawab persoalan ramai sama ada selebriti berusia 34 tahun itu sedang hamil atau sebaliknya.

sah, neelofa sedang hamil anak kedua, bilal tak meragam nak jadi abang

Tambah Neelofa lagi, beliau juga tidak mengalami alahan teruk seperti mana mengandungkan anak pertamanya, Bilal.

 

Neelofa juga tidak kisah jantina anak kedua itu nanti asalkan bayi yang dilahirkan sihat walafiat.

 

"Dari kehamilan anak pertama, saya tidak memilih, okay sahaja.

"Alhamdulillah, saya tak alami alahan teruk sejak anak pertama. Jika dibandingkan dengan kenalan saya, ada yang tidak boleh bangun daripada katil. Saya sangat bersyukur.

"Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat, tetapi semua baik-baik sahaja. Dari segi perubahan bentuk badan, perasaan, hormon dan banyak lagi.

"Tetapi, saya seperti wanita yang banyak kali hamil, sudah biasa dengan semua ini," katanya.

 

Ujarnya, Bilal juga tidak banyak meragam menjelang saat untuk dia mendapat adik tidak lama lagi.

 

"Bilal okay sahaja sebab dia sudah besar dan makin kenal orang. Saya rasa ia hanya mitos bila orang kata anak pertama akan meragam bila nak dapat adik," katanya.

 

Terdahulu, Neelofa telah menimbulkan spekulasi hamil anak kedua selepas video beliau memegang perut menjadi tular di media sosial.

 

Sumber: BH