Neelofa Masih Berteka-Teki Wajah Anaknya Bilal

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa masih merahsiakan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal daripada tatapan umum.

 

Menerusi kemaskini di Instagram, Neelofa dilihat memuatnaik wajah anak lelakinya itu namun dikaburkan dengan sticker cermin mata hitam serta memakai pelitup muka.

neelofa masih berteka-teki wajah anaknya bilal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat Bilal meskipun masih berteka-teki dengan wajah sebenarnya sejak dilahirkan pada 29 Januari lalu.

neelofa masih berteka-teki wajah anaknya bilal

Sebelum ini Neelofa pernah menafikan video Tiktok yang mendakwa bayi lelaki comel yang didukungnya dalam video itu adalah Bilal.

 

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pada 29 Januari 2022 dan masih merahsiakan wajahnya sehingga ke hari ini.

neelofa masih berteka-teki wajah anaknya bilal

Sumber: Instagram Neelofa