‘Saya Nak Bilal Boleh Berkomunikasi Dalam Bahasa Arab’ - Neelofa Mahu Anaknya Fasih Tiga Bahasa

Pengacara terkenal, Neelofa baru-baru ini ada berkongsi yang dirinya mahu anak lelaki sulungnya iaitu Bilal untuk mahir dalam pelbagai bahasa. Tetapi walau bagaimanapun, Neelofa berharap agar bilal dapat menguasai Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. 

Menurut laporan Gempak, Neelofa kini sedang berusaha untuk mempelajari bahasa Arab untuk kemudahannya dalam berkomunikasi bersama Bilal kelak. 

“Saya nak Bilal boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan saya nak diri saya juga boleh bercakap bahasa itu. Kalau saya tak tahu bahasa Arab macam mana saya nak berkomunikasi dengan Bilal.

“Jadi, saya dah dedahkan Bilal dengan tiga bahasa (Melayu, Inggeris, Arab) sebab saya memang nak dia mahir bahasa-bahasa ini”, kata Neelofa. 

Selain daripada itu juga, Neelofa memberitahu bahawa kemahiran asas berkomunikasi dalam bahasa Arab adalah untuk memudahkan urusannya yang di dalam perancangan untuk menetap di luar negara.

“Jadi, kalau sebelum pergi tu kita ada basic dalam berkomunikasi, ia akan jadi lebih muda”, tambah Neelofa lagi. 

Sumber:Gempak