Pengacara dan pelakon, Neelofa akui berkecil hati denganpihak yang kongsikan gambar wajah anaknya di laman sosial tanpa kebenaran.
Katanya, perbuatan seumpama itu amat tidak menghormati pendiriannya yang selama ini enggan berkongsi secara terbuka menerusi platform tersebut.
“Saya enggan ulas mengenai perkara ini, saya dah penat nak kongsikan, sebab banyak sangat cerita mengenai Bilal.
“Cuma itulah, saya seperti ibu-ibu yang lain akan bawa keluar anak ke mana-mana lokasi, tapi apabila ada segelintir pihak nampak saya dengan Bilal, saya mohon jangan dedahkan di media sosial.
“Saya sebagai ibu memang kesal dengan sikap mana-mana pihak yang berkongsi terus di media sosial tanpa kebenaran,” katanya kepada Astro Awani di Majlis Sidang Media Next To Neelofa musim kedua di Bukit Jalil.
Tambah Lofa, dia akan kongsikan wajah anaknya apabila tiba masanya.
“Apa yang saya boleh ingatkan ialah, selepas ini kalau ada pihak nampak saya dengan Bilal, jangan dedahkanya di media sosial.
“Hormati privasi dan keputusan saya sekeluarga atas kehendak kami,” ujarnya.
Sementara itu, Next To Neelofa ia bakal disiarkan mulai 22 Oktober ini jam 10 malam di Astro Ria.
Antara selebriti yang bakal tampil dalam program tersebut ialah Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah dan Ziana Zain.
Oleh: Syahdeen