Pelakon senior popular, Bella Ngasri menasihatkan orang ramai agar tidak terus menghukum artis baharu jika mereka terpalit dengan dakwaan bersikap besar kepala.
Menurut pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri, 43, artis baharu perlu diberi ruang dan tidak wajar dimarahi kerana hakikatnya mereka tidak sedar telah bersikap negatif sebagai anak seni.
“Mereka pendatang baharu dan baru sahaja masuk dalam industri, kalau perangai tak betul pun mereka tak tahu.
“Jadi diva ke atau buat perkara salah dan ‘demand’ (letak bayaran tinggi) sebab mungkin mereka dilahirkan daripada keluarga berduit.
“Jadi, mereka pun bukan tahu sangat benda-benda ini, jadi tak perlu marah pun,” katanya.
Baca: “Mungkin Waktu Tu Saya Tak Sihat,” Amir Ahnaf Terkejut Tiba-Tiba Je Dilabel Sombong
Ujar Bell lagi, beliau sedar ada individu yang terus menerus menghentam artis baharu yang ‘besar kepala’, tambah pula artis baharu itu mempunyai rupa dan bakat yang memudahkan mereka menjadi perhatian ramai.
“Saya sedar ada orang hentam artis baharu besar kepala dan sebagainya tetapi hakikatnya mereka tak sedar pun perkara itu.
“Kalau artis baharu buat perangai begitu dengan saya, saya biarkan sahaja sebab mereka tak tahu pun.
“Kalau pelakon lama buat hal begitu, memang kenalah. Budak baharu lebih mudah dapat perhatian ramai sebab mereka ada rupa dan bakat,” katanya lagi.
Sumber: HIB Glam