‘Tak Kisahlah Nak Kahwin 2,3,4, Yang Penting Niat Itu Kerana Allah’ - Ashraf Muslim

Pelakon  Ashraf Muslim menasihatkan orang ramai agar jika ada niat untuk mendirikan rumah tangga mereka perlu kembali ke asas perkahwinan dengan membetulkan niat kerana Allah SWT.

Menurut Ashraf, setiap rumah tangga bukanlah dibina atas sekadar dasar cinta namun harus juga memupuk rasa tanggungjawab antara kedua-dua belah pihak.

“Ramai dalam kalangan kita yang berkahwin atas dasar suka, cinta dan mahu berkeluarga, tetapi semua itu salah. Kita perlu berbalik kepada asas semula dengan niat kerana Allah SWT.

“Dari situ, pasangan suami isteri akan mula sedar peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya digalas mereka.

“Jadi, apabila mereka tahu peranan masing-masing, cara untuk menjaga hubungan itu bagi saya tidak kisahlah berkahwin dua, tiga atau empat, asalkan hubungan antara satu sama lain perlu dijaga dengan betul,” katanya. 

Sumber: Kosmo