Nak Balik Kampung? Ada Sinar Di Penghujung Tahun

Hari raya tak boleh balik kampung, nak melancong pun tak boleh ☹

Bila agaknya kita boleh kembali ke kehidupan asal sebelum adanya Covid-19 ni?

Sabar semua, semalam Perdana Menteri umumkan Pelan Pemulihan Negara ataupun strategi untuk kita keluar daripada pandemik ini.

nak balik kampung? ada sinar di penghujung tahun

Ada 4 fasa yang kita kena lalui sebelum kembali kepada norma kehidupan biasa.

Setiap fasa ni ditentukan oleh 3 faktor iaitu bilangan kes jangkitan harian, kadar penggunaan katil di ICU dan peratusan individu yang telah lengkap terima 2 dos suntikan vaksin.

Sekarang ni kita berada di fasa pertama yang mana kes harian masih tinggi dan sistem kesihatan awam pada tahap kritikal.

Masuk fasa kedua, aktiviti sosial dan pergerakan masih dikawal tapi aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat.

Itu pun kalau kes baru Covid-19 turun di bawah angka 4,000.

Kita akan masuk ke fasa ketiga bila kes harian turun di bawah angka 2,000 dan masa ni semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali yang berisiko tinggi.

Fasa keempat, fasa yang ditunggu-tunggu yang mana aktiviti sosial, rentas negeri dan pelancongan domestik akan dibenarkan.

nak balik kampung? ada sinar di penghujung tahun

nak balik kampung? ada sinar di penghujung tahun

Masa tu kes harian pun dah turun bawah 500 kes.

Tak sabar kan nak tunggu fasa keempat 😊 Tak lama dahh, hujung tahun ni jee, inshaAllah.

nak balik kampung? ada sinar di penghujung tahun

Tugas kita sekarang ni mudah sahaja, duduk di rumah kalau tiada keperluan mendesak untuk keluar, patuh SOP dan segera daftar untuk dapatkan vaksin.

Kita boleh menang guys!