Penyanyi Najwa Latif berkongsi berita duka kandungannya yang baru mencecah lima minggu mengalami keguguran.
“Saya hanya ingin beritahu kepada semua, saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.
“Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana merasakan hal ia sangat peribadi untuk saya dan suami,” katanya.
Najwa juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan dan tidak henti memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“Tetapi saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya semasa waktu yang sukar ini.
“Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. Semoga semua fikiran dan doa anda dikembalikan kepada anda juga,” katanya.
Dalam pada itu, Najwa akui bersyukur kerana diberikan peluang merasai pengalaman hamil selama lima minggu.
“Alhamdulillah. Allah bagi pinjam lima minggu tapi jumpa awak bila saya dapat jumpa awak nanti,” ulasnya lagi.
Sumber: Kosmo