Tarikh 11 November 2022 pasti menjadi ingatan buat pasangan Najwa Latiff dan Akwa Ariffin selepas mereka disatukan sebagai suami dan isteri.
Seronok melihat gelagat comel pasangan ini, terbaharu Najwa Latif sempat menegur suaminya kerana hanya memuatnaik sekeping foto sahaja mengenai perkahwinan mereka.
Kononnya merajuk dengan tindakan Akwa itu, pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif sempat berseloroh ingin meminta tidur di bilik asing ketika mereka sedang berbulan madu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang bergembira selepas Najwa kini menjadi isteri dan dalam masa sama berterima kasih kepada Najwa kerana memberi idea untuk ‘cari gaduh’ dengan suami masing-masing.
Sumber: Instagram Najwa Latif & Tiktok Fans Wawa