Pelakon, Nadya Syahera mendedahkan beliau pernah menjadi seperti mayat hidup selama dua minggu gara-gara terkena gangguan sihir daripada bekas pembantu rumahnya sendiri.
Ujarnya perkara itu disedari sepupu yang tinggal bersama di rumahnya selepas melihat keadaan Nadya seperti tidak menentu sebaik sahaja pembantu rumah berusia 50-an itu mula bekerja disitu.
Menurut Nadya, kejadian itu berlaku juga semasa beliau sedang hamil anak ketiga dimana ketika itu beliau mengambil seorang pembantu rumah bagi menguruskan dua lagi anaknya.
Beliau dan suami pada mulanya tidak syak apa-apa meskipun pernah terjumpa cecair seperti minyak dan bulu burung pada penjuru bilik air serta dalam bilik tidur mereka.
Katanya, sepanjang dua minggu pembantu rumahnya itu berada disitu, beliau seakan-akan menjadi bodoh dan tidak ingat apa-apa, bagaikan mayat hidup. Doktor juga mengesahkan tiada apa masalah kesihatan padanya, hinggakan beliau merujuk masalah ini kepada ustaz.
“Sepanjang dua minggu dia di rumah kami, jadi bodoh macam tak ingat apa-apa sampai satu tahap saya terlantar macam mayat hidup tapi doktor sahkan tiada penyakit hingga kemudian terpaksa panggil ustaz,” katanya.
Selepas memberhentikan pembantu rumahnya, beliau pernah terlihat kelibat pembantu rumah itu dalam rumah, menyebabkan beliau sekeluarga terpaksa tinggal sementara di gudang. Malah, mereka kini juga mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah lain untuk elak dari terus diganggu dan ditakuti.
Disebabkan itu juga, beliau kini trauma untuk mengambil mana-mana pembantu rumah lagi dan kini sedang berehat seketika dari dunia seni untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya.
Sumber: Kosmo!