Anak Seni Usah Tergugat Dengan Influencer, “Benda Tular Selalunya Tak Lama..” – Nadia Brian

Anak seni berbakat tidak perlu untuk berasa tergugat dengan kehadiran influencer yang kini mula meneroka peluang dalam industri hiburan.

anak seni usah tergugat dengan influencer, “benda tular selalunya tak lama..” – nadia brian

Demikian menurut pelakon berbakat besar, Nadia Brian, 32, yang berpendapat kehadiran influencer yang mula ‘memakan’ ruang dan peluang anak seni sebenar untuk menyerlah bukanlah suatu yang perlu di risaukan.

 

“Kita kena faham, benda tular selalunya tidak lama. Sebagai anak seni, jangan mudah tergugat dan anggaplah situasi itu sebagai peralihan dalam industri hiburan yang perlu diterima.

“Sekarang, semua benda di hujung jari. Tetapi sebagai anak seni yang bekerja atas nama bakat dan ilmu, usah bimbang. Saya percaya rezeki akan tetap ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

 

Ujar Nadia lagi, artis berbakat perlu lebih kreatif dan menyusun strategi untuk memastikan mereka kekal relevan.

anak seni usah tergugat dengan influencer, “benda tular selalunya tak lama..” – nadia brian

“Kita kena usaha untuk pastikan bakat tidak terus tenggelam. Tidak boleh ada stigma kehadiran kelompok tertentu akan menggugat kelompok sedia ada. Bagi saya, bila kita fikir dan menerimanya secara positif, ia akan menjadi positif.

“Benda yang tular biasanya bersilih ganti. Kalau kita percaya pada bakat dan ilmu yang diraih sepanjang menjadi anak seni, usah bimbang sebab rezeki pasti ada.

“Industri perlukan mereka yang berbakat dan jangan sia-siakan kelebihan yang ada. Insya-Allah, akan ada masa dan peluang untuk kita menyinar,” katanya.

 

Terdahulu, kehadiran influencer Ratu Farah yang membuat persembahan dalam program MeleTOP baru-baru ini telah mengundang rasa kurang senang segelintir penggiat seni.

 

Sumber: Utusan Malaysia